PENGENALAN
Anyaman ialah satu proses menjalin atau menjaring-menjaringkan helaian daun pandan, mengkuang, buluh, rotan, lidi atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik berselang-seli helaian antara satu sama lain.
Seni anyaman merupakan satu seni warisan Kraf tangan Melayu tradisional yang bermula dan berkembang di tanah air kita tanpa pengaruh luar.
Seni anyaman juga merupakan satu kraf tangan yang rumit dan memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya.
Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang. Hasil kraf tangan ini dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai, tanda kasih atau kenang-kenangan.
Di desa, perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan kecil-kecilan sebagai suatu usaha ekonomi bagi masyarakat di kampung.
Kini, terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraftangan Felda, dan sebagainya.
Hasil anyaman tidak lagi terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru pula muncul mengikut peredaran zaman dan cita ras pelanggan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan